Lepas 33 tahun, pertama kali dengar dia ucap ‘I love you’ – Abang Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Lepas 33 tahun, pertama kali dengar dia ucap ‘I love you’ – Abang Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Space Dollah mendedahkan bahawa pelakon, Bella Astillah merupakan individu pertama yang menerima ucapan ‘saya cinta kamu’ daripada adiknya itu.

Menurut Space Dollah atau Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, sepanjang 33 tahun mengenali adiknya, dia tidak pernah sekali pun mendengar ungkapan itu keluar daripada mulut Syed Saddiq sehinggalah kehadiran Bella.

“Momen di mana aku tahu kau betul-betul jatuh cinta kepada dia ialah apabila aku dengar kau cakap ‘I love you’ dekat Bella.

“Sebab secara faktanya, sepanjang 33 tahun aku kenal kau, tak pernah sekalipun aku dengar kau ucap perkataan itu,” kongsinya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Tambah Abdullah lagi, sebagai abang yang sentiasa berada di sisi, dia mendoakan agar ikatan yang dibina itu kekal ke jinjang pelamin dan dilimpahi kebahagiaan.

“Aku doakan hanya yang terbaik untuk kalian berdua,” titipnya ringkas.

Terdahulu, spekulasi mengenai hubungan rapat pasangan ini akhirnya terjawab apabila mereka sah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat, semalam.

Dalam majlis yang berlangsung serba indah itu, ibu kepada Syed Saddiq menyempurnakan upacara dengan  cincin ke jari manis Bella Astillah sebagai simbolik ikatan pertunangan mereka. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN