Lelaki warga asing dijumpai mati dipercayai akibat dipukul

Lelaki warga asing dijumpai mati dipercayai akibat dipukul

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dijumpai meninggal dunia dalam keadaan terbaring di satu kawasan lapang berhampiran Gat Lebuh Macallum, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, ketika dijumpai, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dipercayai akibat dipukul dengan menggunakan objek tumpul.

“Pemeriksaan awal mendapati, mangsa tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai seorang warga asing yang berusia dalam lingkungan 20-an,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rozak, hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Jabatan Forensik Perubatan, Hospital Pulau Pinang (HPP) juga mengesahkan bahawa punca kematian lelaki itu berpunca daripada kecederaan pada kepala disebabkan oleh hentakan objek keras dan tumpul.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan ketika ini, polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti suspek serta motif sebenar kejadian.

“Sehubungan itu juga, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Suhami Mat di talian 019-2327008,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN