KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang baru dibebaskan daripada penjara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mencederakan suami baharu kepada isterinya menggunakan spanar, minggu lalu. Tertuduh, Adam Muhammad, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Dr Azrol Abdullah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Sani, 30, yang bekerja sebagai tukang urut yang boleh menyebabkan kematian jika senjata…










