SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia lewat 20-an maut dipercayai akibat ditetak berulang kali di hadapan rumahnya di Taman Kempas, di sini tengah malam tadi. Dalam kejadian antara pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi itu, adik perempuannya cedera parah dengan tangan hampir putus. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya berjaya menahan tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita yang ada antaranya tinggal di kawasan…










