BATU PAHAT: Seorang penyelia direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tindakannya yang disyaki mengintai seorang lelaki dalam tandas sebuah pusat beli-belah di Taman Flora Utama di sini, semalam. Perintah reman ke atas suspek lelaki berusia 31 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nurasidah A. Rahman bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan. Difahamkan, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 32 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian…










