Lelaki ditemukan maut dengan kesan tikaman dipercayai dibunuh - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan maut dengan kesan tikaman dipercayai dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menemukan mayat seorang lelaki warga dipercayai akibat ditikam di bahagian dada dalam kejadian di sebuah unit rumah kedai di daerah Petaling Jaya, pada Jumaat.

Laporan berhubung penemuan lelaki tempatan berusia 50 tahun itu dibuat kira-kira pukul 2.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring tidak sedarkan diri oleh seorang lelaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang juga lelaki warga tempatan berumur 50 tahun telah meninggal dunia dan dipercayai mengalami kecederaan tikaman di bahagian dada,” katanya dalam kenyataan di sini.

Prosedur bedah siasat terhadap mangsa akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini