KUANTAN: Keyakinan ibu bapa terhadap sistem pendidikan awal kanak-kanak terus meningkat apabila lebih 120,000 kanak-kanak tdidaftarkan untuk kemasukan ke prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi sesi tahun depan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, jumlah pendaftaran tersebut menunjukkan sambutan menggalakkan daripada ibu bapa yang memilih prasekolah kendalian kementerian itu untuk pendidikan awal anak-anak mereka. Katanya, perkembangan itu juga mencerminkan sokongan masyarakat terhadap usaha kerajaan memperkukuh pendidikan prasekolah di negara ini. “Semua ini…










