Larangan kenderaan berat berada di jalan dikuat kuasa sempena Aidilfitri

Larangan kenderaan berat berada di jalan dikuat kuasa sempena Aidilfitri

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Larangan pemanduan terhadap kenderaat berat (road ban) akan dikuatkuasakan pada 19 dan 20 Mac serta 28 dan 29 Mac sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, negara sering berdepan dengan peningkatan mendadak kemalangan jalan raya yang meragut nyawa akibat kecuaian dan kegagalan merancang perjalanan.

“Kita tidak mahu sambutan kemenangan Ramadan bertukar menjadi tragedi air mata hanya kerana sikap tidak sabar di jalan raya.

“Bagi yang memandu, periksa kenderaan dan patuhi had laju. Kepada JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), pastikan penguatkuasaan berada pada tahap tertinggi. Biarlah kita semua sampai ke kampung halaman dengan selamat,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan dan Paduan Kasih Madani Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Loke berkata, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah lebih banyak perjalanan tren Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan rel sebagai alternatif pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut beliau, berdasarkan laporan terkini daripada KTMB, masih terdapat tiket serta perjalanan tambahan yang boleh dimanfaatkan orang ramai untuk pulang beraya menggunakan perkhidmatan ETS.

“Baru tadi KTMB memberikan laporan bahawa masih ada tiket dan trip tambahan untuk penumpang menggunakan ETS sebagai mod pengangkutan untuk pulang ke kampung.

“Menjelang hari raya tahun depan pula, rakyat di Pantai Timur juga boleh menantikan perkhidmatan East Coast Rail Link (ECRL) selain perkhidmatan KTMB apabila projek itu dijangka mula beroperasi pada tahun hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN