KOTA BHARU: Penyanyi wanita Kelantan, Eda Ezrin kembali mencuri perhatian apabila bakal melancarkan lagu duet terbaharu bersama Den Manjo berjudul Adik Saye Abe Sore pada 26 Mac ini, sekali gus mengubat kerinduan peminat lagu-lagu dialek Kelantan. Penerbit dan komposer lagu tersebut, Eddie Hamid berkata, karya berkenaan sebenarnya disiapkan lebih awal, namun pelancarannya tertangguh sebelum ini selepas Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail ditahan di Thailand tahun lalu. Katanya,…










