Lagi kes pijak al-Quran: MCMC teruskan siasatan, akaun asal gagal dikesan

Lagi kes pijak al-Quran: MCMC teruskan siasatan, akaun asal gagal dikesan

TANGKAP layar sebuah pemilik akaun Facebook individu memijak Al-Quran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan meneruskan ssiasatan lanjut terhadap individu yang menyebarkan visual di platform media sosial Threads dan Facebook yang memaparkan tindakan biadab memijak Al-Quran.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, semakan awal mendapati hantaran asal berkenaan telah dipadam dan akaun yang terlibat dipercayai menggunakan nama Dickie Borneo tidak dapat dikesan.

Katanya, hasil pemantauan lanjut MCMC turut mengenal pasti beberapa hantaran lain yang mengandungi unsur penghinaan agama dipercayai melibatkan individu sama dalam sebuah kumpulan media sosial.

“Semua kandungan berkaitan telah dipelihara sebagai bahan bukti bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

“MCMC kini sedang bekerjasama dengan platform media sosial bagi mendapatkan maklumat pemilik akaun untuk mengenal pasti individu terlibat,” katanya hari ini.

Pada masa sama, MCMC turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan tegas dan segera dapat diambil.

Katanya, perbuatan tersebut bukan sahaja menghina agama Islam, malah berpotensi mencetuskan ketegangan serta menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Tegas MCMC, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan semula kandungan yang boleh mencetuskan ketegangan serta menjejaskan ketenteraman awam.

“MCMC tidak akan berkompromi terhadap sebarang kandungan yang menghina agama, menghasut kebencian atau menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja.

“Tindakan tegas boleh dikenakan di bawah undang-undang sedia ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN