JOHOR BAHRU: Cubaan seorang pemandu lori menyeleweng 800 liter minyak diesel gagal selepas tindakan mencurigakan tersebut dikesan Unit Ronda Penguat Kuasa (URP) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor di Lebuhraya Pasir Gudang, di sini petang semalam. Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, lori tersebut ditahan bagi pemeriksaan lanjut kira-kira pukul 2 petang. Katanya, 800 liter diesel yang cuba diselewengkan itu melibatkan nilai RM20,716. “Pemeriksaan mendapati…










