KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengadakan perbincangan bersama pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini susulan ketidaktentuan harga minyak global akibat konflik Asia Barat yang dijangka memberi kesan langsung kepada kos ibadah haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, perbincangan itu akan merangkumi aspek keselamatan, harga, kos serta faktor lain yang berkaitan bagi memastikan persiapan haji tahun ini berjalan lancar. Katanya, perbincangan awal telah dijalankan…










