GEORGE TOWN: Hasrat Khairy Jamaluddin kembali menyertai UMNO berpotensi menarik semula minat generasi muda termasuk pengundi kali pertama untuk mendekati parti itu. Pemuda UMNO Pulau Pinang menyambut baik hasrat bekas Ketua Pemuda UMNO itu dan berpandangan, kepemimpinan perlu bersikap terbuka serta berjiwa besar dalam menerima semula pemimpin yang masih mempunyai komitmen memperkukuh parti. Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohd. Hilmi Elias berkata, perbezaan pandangan dalam politik adalah perkara biasa, namun…










