Keterangan empat anak Tun Daim diambil 6 April

Keterangan empat anak Tun Daim diambil 6 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keterangan empat anak bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin akan diambil pada 6 April ini.

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, peguam memberikan jaminan (undertaking) bahawa kesemua mereka akan hadir memberi keterangan.

“SPRM mengambil maklum jaminan itu dan mengharapkan komitmen ini dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak yang terlibat.

“SPRM memberi ruang kepada semua pihak untuk hadir dan sekiranya mana-mana individu gagal hadir seperti yang dijanjikan, tindakan lanjut akan dipertimbangkan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Notis Kesan Individu dikeluarkan ke atas empat anak Allahyarham, susulan kegagalan memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi yang diserahkan SPRM berkaitan pengisytiharan aset.

Mereka ialah Asnida, Md. Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin serta Muhammed Amin Zainuddin.

Notis itu dikeluarkan selepas tiada maklum balas diterima dan usaha menghubungi keempat-empatnya tidak berjaya setakat 26 Februari lalu.

Pihak peguam memaklumkan bahawa anak guamnya berada di luar negara dan mereka juga menghadapi masalah untuk berhubung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN