Kes Arun Dorasamy: Kehadiran Kulasegaran tidak wajar - Peguam - Utusan Malaysia

Kes Arun Dorasamy: Kehadiran Kulasegaran tidak wajar – Peguam

ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peguam, Zainul Rijal Abu Bakar mempersoalkan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran yang dilihat bersama aktivis, Arun Dorasamy di mahkamah pagi ini.

Beliau berkata, tindakan Kulasegaran mengiringi Arun yang merupakan orang kena tuduh (OKT) adalah tidak wajar kerana boleh menimbulkan persepsi campur tangan terhadap institusi kehakiman.

Katanya, kehadiran seorang anggota pentadbiran kerajaan dalam situasi sedemikian seolah-olah memberi gambaran kepada mahkamah bahawa individu terbabit tidak bersalah, sedangkan kes masih belum melalui proses perbicaraan.

“Menteri seharusnya memberi tumpuan kepada tugas rasmi dan membiarkan undang-undang berjalan mengikut prosesnya.

“Keadaan ini juga boleh menimbulkan kegusaran kepada majistret dalam membuat pertimbangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Zainul Rijal yang juga Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia turut mempersoalkan layanan berbeza terhadap OKT dalam kes berlainan, termasuk isu pemakaian gari yang boleh menimbulkan pelbagai implikasi susulan kehadiran pihak berkepentingan.

Terdahulu, Kulasegaran dilihat mengiringi Arun ketika tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Arun didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN