Kerajaan umum cuti tambahan Aidilfitri

Kerajaan umum cuti tambahan Aidilfitri

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian satu hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan bagi memberi peluang kepada rakyat meraikan perayaan itu dengan lebih selesa bersama keluarga.

Beliau berkata, sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 20 Mac, kerajaan akan mengisytiharkan Isnin, 23 Mac sebagai cuti umum tambahan.

Namun katanya, sekiranya 1 Syawal jatuh pada Sabtu, 21 Mac, cuti umum tambahan akan diberikan pada hari Jumaat.

“Jika Hari Raya jatuh pada Jumaat (20 Mac), cuti tambahan akan diberikan pada Isnin (23 Mac).

“Sekiranya ia jatuh pada Sabtu (21 Mac), cuti tambahan akan diberikan pada hari Jumaat,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Pengguna Kebangsaan yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN