PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh mempersoalkan tindakan berbeza pihak berkuasa terhadap individu yang dihadapkan ke mahkamah, khususnya melibatkan isu pemakaian gari. Beliau berkata, terdapat situasi di mana seorang individu digari manakala seorang lagi tidak, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai. Katanya, perkara itu wajar diperjelaskan oleh pihak polis bagi mengelakkan persepsi berlakunya layanan tidak seimbang dalam pelaksanaan undang-undang.…










