Keluarga rindu air tangan Nor Ayuni - Utusan Malaysia

Keluarga rindu air tangan Nor Ayuni

GAMBAR kenangan Allahyarham Nor Ayuni Maslan (tengah) menyambut hari lahir bersama adik-beradiknya sebelum tragedi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: “Selepas kehilangan ibu 11 tahun lalu, adik menggalas tanggungjawab ibu buat keluarga kami. Tahun ini semuanya berubah dan kehadiran lebaran dirasakan suram tanpa air tangannya.”

Demikian luah Ahmad Azizol Maslan, 27, abang kepada Nor Ayuni, salah seorang yang maut dalam kemalangan melibatkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Ki­lometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik, Perak pada Jun tahun lalu.

Ahmad Azizol berkata, kehilangan adik bongsu mengubah kehidupan keluarganya memandangkan seawal 11 tahun, Nor Ayuni menggalas tanggungjawab menguruskan rumah selepas ibu meninggal dunia.

“Terutama dalam menyediakan kelengkapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sejak Nor Ayuni meninggal dunia, kami sekeluarga sangat terkesan kerana kebiasaannya arwah yang menyusun segala perancangan menyambut lebaran, termasuk tema pakaian serta menu juadah.

“Malah masakan arwah boleh dikatakan hampir sama dengan masakan arwah ibu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.
Ahmad Azizol yang bekerja di Beranang, Selangor berkata, mengimbas kenangan Syawal tahun lalu, Allahyarham merancang sesi fotografi keluarga.

“Tahun lepas paling banyak kenangan sebab dia sendiri yang beria-ia mahu kami sekeluarga buat sesi bergambar lengkap satu keluarga.

“Kami adik-beradik lelaki ini jarang mahu bergambar tetapi disebabkan dia yang rancang, kami ikutkan sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN