PETALING JAYA: Kegagalan meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri merupakan pengabaian oleh ahli Parlimen terhadap amanah rakyat. Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Bahrin berkata, negara berdepan kerugian besar dalam usaha memastikan keseimbangan kuasa dan mencegah pemusatan kuasa berpanjangan. Beliau berkata, ini kerana RUU itu adalah sebahagian daripada agenda reformasi institusi yang kritikal bagi memperkukuh sistem demokrasi negara. “Ketidakhadiran tersebut disifatkan sebagai satu…










