Kebanyakan negeri dijangka dilanda hujan, ribut petir

Kebanyakan negeri dijangka dilanda hujan, ribut petir

GAMBAR HIASAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebanyakan negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada sebelah pagi ini.

Jabatan Meteorologi melaporkan, keadaan cuaca itu membabitkan beberapa daerah di Kedah iaitu Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim, begitu juga Pulau Pinang dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, Pahang (Raub dan Bentong), Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson).

Di Sarawak turut membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong, manakala di Sabah, membabitkan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm)/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. 

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN