Kabinet lulus memorandum pembangunan Pelabuhan Pulau Carey

Kabinet lulus memorandum pembangunan Pelabuhan Pulau Carey

ANTHONY Loke pada Perhimpunan Bulanan dan Paduan Kasih Madani Kementerian Pengangkutan di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini meluluskan memorandum daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi pembangunan Pelabuhan Pulau Carey yang akan diterajui Kerajaan Negeri Selangor sebagai projek infrastruktur strategik jangka panjang negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan itu memperincikan model pelaksanaan projek berkenaan dengan kerajaan negeri sebagai peneraju pembangunan, manakala kementeriannya bertindak sebagai badan penyelia bagi memastikan pelaksanaannya berjalan teratur.

“Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan special purpose vehicle (SPV) bersama syarikat swasta bagi mendapatkan pelaburan swasta untuk membina dan mengoperasikan pelabuhan ketiga di Pelabuhan Klang.

“Ini memberi gambaran bahawa walaupun kita berdepan dengan cabaran geopolitik dunia ketika ini, ia tidak membantutkan pembangunan negara dan kita akan terus mara untuk memastikan projek-projek infrastruktur penting dapat dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan dan Paduan Kasih Madani Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri mengarahkan semua agensi berkaitan untuk bergerak pantas dalam merealisasikan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey sebagai model baharu pelaksanaan pembangunan negara yang lebih cekap, tersusun dan berintegriti.

Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa dalam melaksanakan pembangunan itu, kepentingan Orang Asli, penduduk setempat, nelayan serta kelestarian ekosistem akan terus dipelihara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN