Jualan sempena raya di Menara Mara, tampil 20 usahawan kraf dan pereka fesyen

Jualan sempena raya di Menara Mara, tampil 20 usahawan kraf dan pereka fesyen

Lebih 20 usahawan kraf dan pereka fesyen berkampung di pusat beli-belah Busana@Menara MARA sempena Kempen Raya Klasik: Nostalgia Bersemi, Raya Berseri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 20 usahawan kraf dan pereka fesyen berkampung di pusat beli belah Busana@Menara Mara bersempena Kempen Raya Klasik: Nostalgia Bersemi, Raya Berseri.

Kempen bermula sejak 23 Februari lalu itu menampilkan ramai usahawan dan pereka terkenal antaranya dari Siti Khadijah, Nas Clotihing, Noor Arfa, Mr and Mrs Adam Corrie, Afifahmi Concept Syidiya serta Creation Jr. Boutique.

Ketua Pegawai Eksekutif Mara Incorporated Sdn. Bhd, Faizul Idzhar Ahmad Yazi berkata, selain pakaian produk kraf, terdapat lebih 200 pilihan produk kuih-muih keluaran pengusaha tempatan diketengahkan.

“Kami mahu Busana@Menara Mara dijadikan platform untuk usahawan kraf, fesyen mengetengahkan hasil kreativiti mereka. Selain itu kami mahu menjadikan Menara Mara sebagai destinasi pilihan utama keluarga.

“Apatah lagi ruang perniagaan di lokasi strategik ini adalah manifestasi sokongan berterusan kami terhadap usahawan baharu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menaik taraf Surau Al-Busana di aras dua bagi memastikan pengunjung dapat beribadah dengan tenang dan selesa sambil melakukan persiapan raya.

Mengulas lanjut, Faizul Idzhar berkata, pihaknya turut menyediakan program ganjaran raya klasik menawarkan pelbagai insentif menarik buat pelanggan setia.

“Dengan setiap pembelian di pusat beli-belah ini, pelanggan berpeluang membawa pulang paket raya klasik eksklusif, set mangkuk tingkat klasik, serta menyertai cabutan hadiah mingguan yang menarik.

“Bagi memudahkan pelanggan berbuka puasa, bazar Ramadan terletak bersebelahan Busana @ Menara Mara turut menyediakan lebih 30 vendor makanan,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×