KUALA KRAI: Ketika kesesakan luar biasa berlaku menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, sekumpulan sukarelawan tampil menghulurkan bantuan dengan mengagihkan kira-kira 1,000 pek juadah berbuka puasa kepada perantau yang terperangkap di jalan raya, petang semalam. Inisiatif oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cempaka Merah Asnaf Society itu menjadi ‘penyelamat’ kepada pengguna laluan Gua Musang-Kuala Krai yang tidak sempat mencari juadah berbukanakibat perjalanan yang tertangguh. Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed berkata, program yang bermula…










