PETALING JAYA: Rakyat diminta terus menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan diri tatkala menyambut Hari Raya Aidilfitri. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia supaya sambutan hari raya dapat dinikmati dalam suasana yang selamat, sejahtera dan penuh keberkatan. Beliau berkata, hari kemenangan ini harus dirai bersama keluarga dan insan tersayang. “Inilah saatnya untuk kita memperbaharui tekad, memperbaiki hubungan serta saling bermaafan dengan hati yang tulus,” katanya menerusi…










