TEHERAN: Iran mengancam untuk memusnahkan kemudahan syarikat minyak di rantau itu yang dimiliki atau bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) sekiranya infrastruktur minyak dan tenaga negaranya diserang. Tentera Iran mengeluarkan amaran berkenaan selepas pengumuman Presiden AS, Donald Trump ke atas sasaran ketenteraan di hab minyak Iran, Pulau Kharg kelmarin. Trump turut mengugut untuk menyerang hab eksport minyak terbesar Iran di pulau itu jika Teheran terus menghalang kapal melalui Selat Hormuz. Dalam…









