KANGAR: Dalam mengimbau nostalgia Hari Raya Aidilfitri, Sekolah Kebangsaan (SK) Putra di sini memberi pendedahan kepada murid-murid untuk membuat kad raya. Seramai 230 murid menghasilkan sendiri kad raya mengikut kreativiti masing-masing. Guru penyelaras program, Hamisah Hashim, 42, berkata, ia bagi memberi peluang kepada generasi muda bernostalgia dengan tradisi mengirim kad raya yang semakin dilupakan. “Menerusi aktiviti ini, murid-murid diberi masa selama satu jam bagi menghasilkan kad raya secara individu atau…










