Ibu bapa perlu sabar layan anak autisme - Utusan Malaysia

Ibu bapa perlu sabar layan anak autisme

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak-anak berkeperluan khas termasuk mereka yang menghidap autisme mempunyai kelebihan bakat dan keupayaan yang luar biasa, sekali gus memerlukan perhatian dan sokongan penuh daripada ibu bapa.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkongsi pengalaman peribadinya bersama anak autisme di rumah yang menunjukkan betapa pentingnya kesabaran dan pemahaman ibu bapa.

“Sampai di rumah, anak saya kelihatan resah. Begitulah anak berkeperluan khas, jika ada perkara yang mengganggu fikirannya, satu rumah dia boleh tawaf.

“Naik turun tangga dari bilik ke dapur, mencari seorang demi seorang kakaknya termasuk adik bongsu sehingga saya sampai di rumah.

“Rupanya dia susah hati kerana belum dapat menghafal Surah al-Ma’un untuk majlis Nuzul al-Quran di sekolahnya. Maka duduklah saya dan memulakan proses tasmi’ bersama anak ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fadhlina berkata, tindakan menenangkan dan memberi sokongan adalah penting supaya anak dapat menunjukkan kemampuan sepenuhnya.

“Sebagai ibu bapa, mereka harus banyak membaca, bertanya dan belajar antara satu sama lain bagi memahami keperluan anak-anak autisme. Kesabaran dan kasih sayang menjadi kunci untuk membimbing mereka mencapai potensi sebenar.

“Selepas habis menghafal, dia sangat gembira. Mummy, syurga is under your feet,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN