Harimau Malaya perlu yakin kemampuan pemain tempatan - Utusan Malaysia

Harimau Malaya perlu yakin kemampuan pemain tempatan

INDRA Putra Mahayuddin (belakang, dua dari kanan) pada Malam Gemilang Bintang Juara FC di Kampar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Skuad bola sepak kebangsaan perlu yakin dengan kemampuan pemain tempatan berbanding pemain warisan.

Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin berkata, pemain tempatan juga perlu membuktikan kemampuan mereka apabila terpilih mewakili negara.

“Tunjukkan kepada peminat atau penyokong pemain tempatan pun mampu melakukan atau bermain dengan baik apabila menyarung jersi kebangsaan.

“Ambil peluang ini untuk berbakti kepada negara selain skuad kebangsaan tidaklah perlu menumpukan kepada pemain warisan semata-mata. Sebaiknya, ada keseimbangan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Malam Gemilang Bintang Juara FC (BJFC) di sini semalam.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan.

Indra Putra berkata, pemain tempatan turut perlu meningkatkan lagi kemahiran selain disiplin yang tinggi bagi bersaing dengan pemain warisan.

“Sepatutnya mereka menganggap kehadiran pemain warisan sebagai satu cabaran untuk meningkatkan mutu permainan.

“Itu yang sepatutnya mereka lakukan. Bukannya berputus asa, apabila ada persaingan yang sihat, ia akan memajukan bola sepak kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN