MARANG: Hasrat seorang bapa menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak sulungnya buat pertama kali tidak kesampaian apabila bayi lelaki berusia empat bulan itu maut dipercayai akibat didera di sebuah pusat jagaan di Pulau Pinang, semalam. Mohd. Syafaeez Mat Liki, 35, berkata, dia dikejutkan dengan panggilan telefon daripada pihak taska kira-kira pukul 4 pagi yang memaklumkan anaknya, Hayl Haarith lemas ketika tidur. Katanya, pada malam sebelum kejadian, anaknya dalam keadaan sihat…










