Hamidah Naziadin dilantik Ahli Lembaga Pengarah ICDM

Hamidah Naziadin dilantik Ahli Lembaga Pengarah ICDM

HAMIDAH NAZIADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) mengumumkan pelantikan Datuk Hamidah Naziadin sebagai Ahli Lembaga Pengarah baharunya berkuat kuasa 9 Mac lalu.

Pelantikan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan ICDM dalam meningkatkan piawaian kepimpinan lembaga pengarah serta profesionalisme pengarah di Malaysia.

Datuk Hamidah membawa pengalaman kepimpinan selama lebih 30 tahun dalam peranan eksekutif dan bukan eksekutif, dengan kepakaran khusus dalam strategi modal insan, transformasi organisasi dan tadbir urus lembaga.

Beliau kini merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas di Nestlé Berhad, Sime Darby Property Berhad dan MR D.I.Y. Group (M) Berhad, serta Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas di Maxis Berhad.

Pengerusi Lembaga Pengarah ICDM, Tan Sri Zarinah Anwar berkata, pengalaman luas Datuk Hamidah dalam pengurusan modal insan dan tadbir urus membawa dimensi penting kepada usaha institut untuk memprofesionalkan pengarah di negara ini.

“Pemahaman mendalam beliau mengenai dinamika tenaga kerja dan pemacu budaya prestasi tinggi yang mampan akan menyokong ICDM dalam membina keupayaan bakat dalaman serta membentuk pemimpin masa depan dalam tadbir urus.

“Kami menantikan sumbangan beliau dalam usaha kami membina lembaga pengarah yang berdaya tahan dan profesional, sekali gus memajukan kecemerlangan tadbir urus di seluruh Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Datuk Hamidah sebelum ini mempunyai kerjaya cemerlang dalam kepimpinan sumber manusia, budaya dan transformasi di sebuah kumpulan perbankan serantau terkemuka.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Bank-bank Perdagangan Malaysia (MCBA), ahli lembaga Majlis Sukan Negara (MSN) dan kini merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN