PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) menyifatkan langkah kerajaan menghadkan pengisian petrol RON95 kepada 200 liter sebulan sebagai tindakan yang ‘menghukum rakyat’ dan berpotensi menyebabkan kenaikan harga barang serta tekanan kos sara hidup. Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengumuman itu yang berkuat kuasa 1 April 2026 dilihat tidak mengambil kira realiti sebenar di lapangan khususnya melibatkan golongan pekerja sendiri, peniaga kecil dan pengusaha logistik skala kecil. Menurutnya, walaupun kerajaan…











