Warga SKPPPTR Tekam, Jerantut terbabit Ihya

Guru dan pelajar SKPPPTR Tekam, Jerantut terbabit Program Ihya Ramadan dan Khatam al-Quran

Sebahagian murid Tahun Lima dan Tahun Enam menyertai majlis khatam al-Quran bersama bimbingan guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (SKPPPTR) Tekam, Jerantut, Pahang baru-baru ini. – utusan/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 371 orang murid dan 30 orang guru memuliakan bulan Ramadan tahun ini apabila mengadakan Program Penutupan Ihya Ramadan dan Khatam al-Quran di Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (SKPPPTR) Tekam, Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Guru Besar SKPPPTR Tekam, Zainordin Mohamed Yatim berkata, sempena program itu seramai 23 orang murid lelaki dan perempuan tahun empat, tahun lima dan tahun enam telah menyertai majlis khatam al-Quran di bawah bimbingan guru Pendidikan Islam sekolah itu.

“Program pada penghujung Ramadan ini lebih signifikan minta murid bertadarus al-Quran serta pada masa yang sama menghayati isi kitab suci ini.

“Tujuan program ini juga untuk mewujudkan nilai keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat sepanjang bulan Ramadan lebih lagi merangsang minat kalangan rakan lain supaya mempelajari dan rasa cinta dengan kitab suci al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan,” katanya di SKPPPTR Tekam baru-baru ini.

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran, Mohd Jusni Yusof berkata, majlis penutupan itu diserikan lagi dengan tayangan montaj aktiviti sepanjang Ramadan di sekolah itu disusuli dengan penyampaian cenderamata kepada murid yang terlibat dengan majlis khatam al-Quran.

“Pihak sekolah juga menyempurnakan penyampaian hadiah Ihya Ramadan, sijil bagi murid yang menyertai Program Q-D’Heart serta kelas yang memperoleh kutipan terbanyak tabung infaq,” katanya.

Ujarnya, pada akhir program itu, guru besar dan guru telah menceriakan kalangan murid sekolah itu dengan sumbangan duit raya supaya mereka bergembira dan selesa menyambut Hari Raya Aidilfitri. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN