Gerai jual mercun terbakar, pelanggan restoran lari elak percikan api

Gerai jual mercun terbakar, pelanggan restoran lari elak percikan api

BEBERAPA anggota bomba sedang berusha memadam kebakaran yang berlaku di sebuah gerai menjual mercun di Taman Pekaka, Nibong Tebal, Pulau Pinang tengah malam tadi.-GAMBAR/IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Sebuah gerai menjual mercun berkeluasan kira-kira 100 kaki persegi musnah dalam satu kebakaran di Taman Pekaka di sini, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.05 tengah malam sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, didapati kebakaran yang sama turut melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 serta tiga unit penghawa dingin di bahagian luar rumah iaitu berhampiran gerai berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan susulan insiden tersebut.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 12.44 pagi sebelum operasi ditamatkan sekitar pukul 1.25 pagi,” katanya yang memberitahu, kes kemudian diserahkan kepada Unit Siasatan Kebakaran untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular satu rakaman video mengenai kebakaran itu di media sosial apabila pelanggan yang berada di sebuah restoran berhampiran bertempiaran lari bagi mengelak daripada terkena percikan api yang memasuki restoran berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN