SHAH ALAM: Lima individu termasuk tiga wanita mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) pada bulan lalu. Justeru kesemua tertuduh dikenakan denda oleh Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin yang turut memerintahkan hukuman penjara jika gagal membayarnya. Nurul Aleeya Aneesya Abd. Razak, 23; Nur Allysa Natasha Nor Azlan, 22 dan Nur Shasha Nabila Zamani, 28, didenda RM5,000 atau penjara enam bulan sementara…










