Gadis hilang selepas keluar berjalan kaki di Kijal

Gadis hilang selepas keluar berjalan kaki di Kijal

ARIANA ADAWIYAH MOHD. YULIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas keluar berjalan kaki dari rumahnya di Meraga Beris, Kijal, Kemaman, dekat sini, petang semalam.

Ariana Adawiyah Mohd. Yulizan, 17, yang juga anak sulung daripada tiga beradik dipercayai keluar sekitar waktu Asar sebelum dilihat berjalan kaki kira-kira pukul 4 petang di kawasan Peladang.

Ketika kali terakhir dilihat, remaja berkenaan memakai baju berwarna biru, tudung hitam dan seluar bercorak kotak-kotak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris menerusi perkongsian dalam media sosial meminta orang ramai membantu mengesan keberadaan remaja berkenaan.

Menurutnya, sesiapa yang ternampak atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Ariana Adawiyah diminta segera menghubungi ibunya di talian 016-526 8690.

“Orang ramai juga boleh membawa remaja berkenaan ke mana-mana balai polis berdekatan sekiranya menemukannya. Kerjasama dan keprihatinan semua amat dihargai,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN