Fizikal dikritik selepas bersalin, Atikah Suhaime serik hamil lagi - Utusan Malaysia

Fizikal dikritik selepas bersalin, Atikah Suhaime serik hamil lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagai serik untuk hamil lagi, pelakon, Datin Atikah Suhaime mengakui dirinya tidak merancang untuk menambah bilangan zuriat selepas setahun melahirkan anak sulungnya, Lyla Mulan Teh.

Menurut Atikah, kehamilan pertama membuatkan dia mengambil masa setahun untuk mempunyai keyakinan diri selain stabil dari segi mental, emosi dan fizikal.

“Saya mengambil masa satu tahun untuk rasa seperti diri sendiri kembali. Normal ke kalau tidak mahu ada anak lagi? Bagi saya Mulan sudah sempurna. Ada ke ibu bapa di sini cuma ada seorang anak sahaja?,” katanya di Threads.

Tambah Atikah, dia terpaksa melupakan hasrat untuk melahirkan cahaya mata yang ramai buat suaminya, Datuk Lokman Teh memandangkan dirinya pernah melalui fasa sukar selepas melahirkan anak pertama.

“Sebelum kahwin saya janji pada suami nak bagi dia enam orang anak. Tak jadilah. Fasa selepas bersalin memang bukan main-main,” jelasnya.

Dalam masa sama, pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu mendedahkan dirinya pernah berdepan dengan pelbagai kritikan terutamanya mengenai bentuk badan selepas bersalin.

“Saya suka fasa kehamilan. Indah. Ramai yang cakap saya berseri tetapi selepas bersalin is menjadi teruk. Dengan orang cakap ‘kenapa dia besar sangat?’ Kawan saya pernah pelawa saya ubat kurus. Trauma,” tulisnya.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada 21 Januari tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata sulung yang dilahirkan pada 8 Mac lalu dan diberi nama Lyla Mulan Teh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN