Empat laporan babitkan emas palsu lebih RM200,0000 - Utusan Malaysia

Empat laporan babitkan emas palsu lebih RM200,0000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak empat laporan polis dibuat berhubung dakwaan penebusan emas palsu di sebuah premis pajakan di Sungai Besi, Cheras.

Laporan tersebut dibuat melibatkan dua pengadu terdiri daripada pembeli surat pajakan dan pemilik emas selain pengurus premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, dua laporan pertama dibuat pada 10 Mac lalu oleh dua lelaki tempatan, manakala dua lagi laporan susulan dibuat oleh pengurus premis masing-masing pada 11 dan 13 Mac lalu.

“Siasatan awal mendapati pengadu telah menggadaikan sebanyak 19 keping jongkong emas dengan nilai keseluruhan kira-kira RM225,530 antara 28 Julai 2025 hingga 3 September tahun lalu.

“Bagaimanapun, pada 10 Mac lalu, pengadu mendakwa emas yang ditebus adalah palsu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi berkata, pihak Ar-Rahnu bagaimanapun telah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan tersebut.
Katanya, laporan utama kes berkenaan telah dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM) memandangkan aspek pelesenan serta penyelarasan operasi Ar-Rahnu berada di bawah kawal selia institusi itu.

“Laporan lain berkaitan kes ini turut dirujuk bersama bagi tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN