JERANTUT: “Lemang, ketupat dan rendang hanya mampu saya bayangkan sebelum ini, tetapi Aidilfitri kali ini benar-benar membawa sinar baharu buat kami tiga beranak.” Demikian luahan penuh syukur Mat Noh Mohamed, 57, duda berstatus orang kurang upaya (OKU) yang tinggal bersama dua anak lelakinya di Felda Kota Gelanggi Empat di sini. Mat Noh yang mengalami kecacatan fizikal selepas kemalangan motosikal sehingga paha kanan pendek, selain menghidap kencing manis dan gangguan saraf,…










