PETALING JAYA: Dua wanita warga Israel dihalang daripada memasuki negara ini selepas tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Rabu lepas. Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkata, kedua-dua individu berkenaan tiba di KLIA 2 untuk tujuan transit sebelum meneruskan perjalanan ke Manila, Filipina. Bagaimanapun, setibanya di pintu masuk negara, kedua-duanya telah dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) oleh pihak berkuasa mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.…










