Dua tentera maut: Tragedi hilang anak ketika musim perayaan kembali hantui Naimah

Dua tentera maut: Tragedi hilang anak ketika musim perayaan kembali hantui Naimah

NAIMAH Zakaria tidak mampu menahan sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Setiu, Setiu, Terengganu. UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU : Seorang ibu tidak dapat menahan sebak apabila mengenang tragedi hitam yang kembali menghantui keluarganya selepas anak lelakinya maut dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang bercuti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 12 tengah hari ini, dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Muhammad Aminuddin Amran, 21, dan Mohamad Shakiran Saidi, 36, maut selepas kereta jenis Honda Civic dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 70 jalan Bandar Permaisuri di sini.

Ibu Muhammad Aminuddin, Naimah Zakaria, 54, berkata, kejadian itu mengulangi tragedi lama apabila anak keduanya sebelum ini turut terkorban dalam kemalangan pada waktu hampir sama menjelang perayaan tersebut pada 2024. 

“Sebelum ini Muhammad Aminuddin pernah menyatakan bahawa dirinya menyerupai Allahyarham abangnya keduanya, tetapi saya tidak menyangka ia menjadi kenyataan sehinggalah berita kemalangan itu sampai kepada saya. 

“Kini saya faham apa yang dimasukkanya,” katanya ketika ditemui didi Unit Forensik Hospital Setiu di sini hari ini. 

Menurut Naimah, Muhammad Aminuddin sebelum ini tidak memberitahu bahawa dia pulang lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan namun naluri keibuannya dapat merasakan kepulangan’ anak kelima daripada enam beradik itu. 

Katanya, dia tidak menyangka perasaannya yang tidak bersemangat membuat persiapan raya kali ini menjadi petanda kehilangan seorang lagi anak lelaki ketika musim perayaan. 

“Selepas kematian Allahyarham anak kedua saya pada 2024, setiap kali hampir hari raya perasaan saya sentiasa berdebar-debar dan takut, tetapi hari ini apa yang saya takutkan sekali lagi berlaku. Muhammad Aminuddin kali ini tidak membeli pakaian raya dan hanya bercadang memakai kurta putih yang digunakan ketika menghadiri majlis tertentu di kem sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN