SETIU : Seorang ibu tidak dapat menahan sebak apabila mengenang tragedi hitam yang kembali menghantui keluarganya selepas anak lelakinya maut dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang bercuti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam kemalangan kira-kira pukul 12 tengah hari ini, dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Muhammad Aminuddin Amran, 21, dan Mohamad Shakiran Saidi, 36, maut selepas kereta jenis Honda Civic dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah…










