TAWAU: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan menyeludup lapan wanita warga Filipina, Ogos lalu. Tertuduh, Azmar Edward Dean Omar, 49, dan Mohammad Shariff Marican, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Steve Ritikos. Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa menyeludup lapan migran wanita warga Filipina berusia antara 21 hingga 31 tahun. Kesalahan itu dilakukan antara pukul 11.30 malam hingga pukul 3…











