KUALA LUMPUR: Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas tiga kedai serbaneka membabitkan kerugian RM2,563.60 di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Di hadapan Hakim Dr Azrol Abdullah, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan pisau terhadap seorang juruwang dengan mengambil wang tunai sebanyak RM900 dari mesin kaunter milik kedai serbaneka di Cheras Business Centre di sini, pada pukul 5 pagi, 17 Februari…










