Dua kapal tempur AS berlabuh di Pulau Pinang

Dua kapal tempur AS berlabuh di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Tulsa dan USS Santa Barbara dilaporkan berlabuh di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang.

Menurut portal berita pertahanan, The War Zone (TWZ), kedua-dua kapal yang digunakan bagi operasi penyapuan ranjau itu sebelum ini ditempatkan di Asia Barat selepas tiba di Bahrain sekitar tahun lalu.

Difahamkan, kapal-kapal tersebut menggantikan sekumpulan kapal pemburu ranjau kelas Avenger yang kini telah ditamatkan perkhidmatannya.

Beberapa keping gambar USS Tulsa dan USS Santa Barbara yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan kedua-dua kapal itu berlabuh di NBCT pada 14 Mac.

Menurut imej yang tersedia melalui Defense Visual Information Distribution Service (DVIDS) milik tentera AS, USS Tulsa berada di pelabuhan Bahrain pada 9 Februari lalu.

Menurut TWZ, imej berasingan turut menunjukkan USS Santa Barbara beroperasi di Teluk Parsi pada 30 Januari.

Bagaimanapun, kemunculan kedua-dua kapal tersebut di Pulau Pinang menimbulkan persoalan memandangkan ia sebelum ini berada ribuan kilometer dari kawasan tersebut.

TWZ berkata, sebab sebenar penghantaran USS Tulsa dan USS Santa Barbara ke Asia Timur masih belum jelas, namun kemungkinan dipengaruhi oleh faktor ketersediaan pelabuhan serta pertimbangan diplomatik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×