SUNGAI PETANI: Ketika orang lain meriah menyambut hari raya melalui kunjungan ke rumah saudara, dua beradik ditahan polis ketika cuba mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Jalan Ibrahim, di sini petang kelmarin. Dua beradik berusia 42 dan 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang di dalam lubang selenggara bawah tanah milik syarikat utiliti itu ketika sedang memotong kabel menggunakan peralatan khas. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner…











