Dewan Rakyat labuh tirai selepas 20 hari bersidang

Dewan Rakyat labuh tirai selepas 20 hari bersidang

TAN SRI JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat labuhkan tirai mesyuarat pertama bagi penggal kelima, Parlimen ke-15 pada hari ini selepas bersidang selama 20 hari tanpa rehat dan hingga malam bermula 19 Januari lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, mesyuarat pertama itu menyaksikan Dewan Rakyat usul Menjunjung Kasih di atas Titah Diraja dan lima Rang Undang-Undang (RUU) termasuk pembahasan Laporan Ketua Audit Negara.

Kata beliau, persidangan turut menerima tiga penerangan dari menteri-menteri dan dua penerangan dari Pengerusi Jawatankuasa Pilihan mengenai penyata-penyata yang dibentangkan di dalam Dewan Rakyat.

“Saya dan timbalan-timbalan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama yang baik bagi membolehkan perjalanan Majlis Mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh persidangan ini,” katanya, hari ini.

Johari turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai kerajaan, Parlimen Malaysia khususnya bahagian pengurusan Dewan Rakyat, wakil media serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

“Saya mengucapkan kepada semua, selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang.

“Akhir kata, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk tempoh berbaki dalam bulan Ramadan ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×