KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengecam serangan peluru berpandu dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran serta menggesa usaha diplomatik segera dilaksanakan bagi meredakan ketegangan konflik tersebut. Ahli CEC DAP merangkap Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa parti itu, Kasthuri Patto berkata, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu melakukan sidang tergempar bagi memulakan rundingan damai tanpa penangguhan, susulan perkembangan ketenteraan yang semakin memuncak. “Sehingga kini, Pasukan Pertahanan…










