PETALING JAYA: Perkongsian maklumat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura sedang berlangsung, susulan penahanan penunggang motosikal warga Malaysia yang cuba menyeludup lebih 14 kilogram (kg) dadah ke negara itu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, CNB Singapura telah menghubungi PDRM berkaitan perkara itu. “JSJN sedang bekerjasama dengan CNB Singapura untuk berkongsi maklumat berkaitan. “Kita juga…










