REMBAU: Cuaca panas ketika ini menyaksikan kawasan air terjun dan jeram menjadi tumpuan orang ramai. Tidak terkecuali kawasan Jeram Rekreasi Sungai Talan di Kampung Bintongan di sini yang dipenuhi kehadiran pengunjung khususnya pada waktu tengah hari dan petang. Seorang pemandu arah kawasan itu, Mohd. Jamel Madom, 70, berkata, kehadiran pengunjung meningkat sejak hari pertama Aidilfitri. Katanya, majoriti pengunjung singgah secara spontan selepas berkunjung ke rumah saudara-mara dan kenalan di sekitar…










