Cuaca dijangka lebih panas, risiko kemarau

Cuaca dijangka lebih panas, risiko kemarau

FADILLAH YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cuaca dijangka menjadi lebih panas dan kering sehingga boleh membawa kemarau ekoran peralihan Monsun Timur Laut (MTL) ke Monsun Barat Daya (MBD).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan bersama syarikat perkhidmatan air di setiap negeri sedang memantau keadaan semasa bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Katanya, pelan dan tindakan juga sedang dirangka untuk memastikan bekalan air mencukupi.

“Bekalan air terutamanya kolam-kolam takungan air mitigasi kemarau berada dalam keadaan baik setakat kini.

“Namun, langkah pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Rakyat Sempena Aidilfitri di Kuching, Sarawak semalam.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan penggunaan air secara berjimat cermat.

“Penggunaan air secara bijaksana penting terutama ketika cuaca panas dan tidak menentu ini,” katanya.

Katanya, sekiranya berlaku kekurangan bekalan, langkah segera termasuk penghantaran air menggunakan lori tangki serta pemantauan kolam takungan akan dilaksanakan bagi memastikan bekalan sampai kepada pengguna.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN